Rabu, 30 Oktober 2013

1Jujur 2013 tinggal kenangan...

hurmmm.... dah start cuti skolah dah... mesti nanti rindu dgn budak2 kelas 1Jujur 2013.... kelas tu lah yang paling sporting, yang paling bising, yang paling nakal, yang paling kreatif, kelas yang pandai melukis, semua cikgu yang mengajar kelas 1Jujur semuanya sporting2, baik semuanya lah... Lagi2 cikgu salina yang mengajar subjek sains kelas 1Jujur... Rindu diaorang nanti.... Dah macam-macam kenagan suka, duka, gembira, sedih kitaorang lalui bersama kelas 1Jujur... Tak tahu la tahun depan diaorang ingat budak kelas 1Jujur lafi ke tak... Harap diaorang takkan lupakan kenangan bersama kelas 1Jujur.... Aminnn...


~ cikgu Siti Fatimah, cikgu geografi kelas 1Jujur. Cikgu yang paling susah kiteorang nak tengok cikgu ni senyum. ~

~ cikgu Maswani, cikgu english kelas 1Gigih. Cikgu ni suka sangat bergaya macam nak pergi dinner.. Tetapo, cikgu ni tetap baik dengan budak2 kelas 1Jujur ~

~ cikgu Rozilah, cikgu mathematic kelas 1Jujur. cikgu ni suka sangat buat kuiz pastu nanti dia kasi gula2 dekat kiteorang. Cikgu ni paling susah kiteorang nak tengok cikgu ni marah. Tetapi tetap sporting. ~

~ Hari terakhir persekolahan SMKBBST ~

~ ada kawan tu buatkn khas untuk kiteorang... thanks Nafisah! :D ~

Selasa, 13 Ogos 2013

Selamat Hari Raya !! 2013


Selamat hari raya kepada family, member rapat, kawan-kawan kat blog atau kat luar... Jiha nak mintak maaf kalau jiha ada buat salah ke apa ke... kalau jiha ada buat korang terguris hati maaf ye... jiha tak bermaksud nak sakitkan hati korang semua... Sekali lagi jiha nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin =)

_________________________________________________________________________________

- nie gmbr time jihah raya kt kmpung -



- dpn rumah nenek belah mak -

 - baju raya jiha warna pink -

_________________________________________________________________________________

Dah tu je gmbr raya jiha... Selamat Hari Raya Aidilfitri =)
Maaf Zahir & Batin ....






Jumaat, 5 Julai 2013

hope dreams come true...

dlm misi mengumpul duit utk membeli " Samsung Galaxy Camera "..... harap2 dpt beli.... =( .... I like pink colour... =) 


- hope dreams can be true.... -


Isnin, 27 Mei 2013

Family trips to Pulau Pangkor and Taiping

25/5/2013 - family trips to Pulau Pangkor and Taiping...

hari jumaat, 24/5/13 jihah dgn family jihah saja jln2 dkt highway yg nk pergi ke cameron highland tu.. sambil jln2 tu kitaorg tgk la pemandangan dkt highway yg semestinya jem.. ye la sbb dah start cuti sekola, mesti la ramai yg nk blk kampung kn... punye lah jln2 tu nmpk sight-board jln pergi ke pulau pangkor... so jihah ckp la dkt ayah jihah " abah jom kita pergi pulau pangkor jom ". ps2 ayah jihah ckp mcm nie " eh dah pukul berape nie. boleh je kita pergi tpi jem la ". ayah jihah ckp mcm tu... tup tup esknya dlm pukul 9:00 camtu mak jihah kejut kn jihah. mak jihah ckp, " adik bangun, abah ajak pergi pulau pangkor " time jihah dgr perkataan pulau pangkor, jihah terus lompat drpd katil... ps2 mak jihah pergi kejutkan kakak jihah pulak.. kitaorg lalu jln kampung, sbb nk elakkn jem... nie jihah sediakn sedikit gmbr...
 - pemandangan dari pekan pulau pangkor -

- nie time nie jihah dgn family mkn ABC, ABC dia sdp... time tu kiteorg smpai tengah hari. so panas la sikit. jihah pkai topi ayah jihah sbb ayah jihah beli topi baru -

pas2 bila dah puas pusing2 kt pekan pulau pangkor tu time nk blk tu kiteorg nmpk sight-board nk pergi ke taiping, so kakak jihah pon ckp " abah jom kite pergi taiping jom. lgipon dah alang2 kita kt sini, jom kita singgah, so kiteorg pon pergi la taiping, tpi kiteorg smpai nk dkt magrib dah...

- masjid lama dkt taiping yg hampir berusia seratus tahun. masjid ini telah tidak digunakan lagi.. hanya tinggalan sejarah. kini masjid ini telah digantikan masjid yg baru yg tidak berjauhan dari masjid ini. masjid baru kini dibina menggunakan kaca yg berwarna warni. kini telah siap 100% -



- Nurul Izatul Najihah -

Jumaat, 1 Mac 2013

Miss this moment...

Sekarang dah tahun 2013. Bermakna umur Jiha sekarang ni pun dah 13 tahun.... Jiha rindu detik-detik manis kat sekolah lama Jiha. ( Sekolah Kebangsaan Taman Seroja ). Time tu cikgu kitaorang buat lawatan ke Perak. Jiha ingat lagi cikgu yang paling Jiha dengan kawan-kawan Jiha rapat. Nama cikgu tu, cikgu Aziyan. Jiha tak tahu la kalau cikgu Aziyan tu mengajar lagi ke tak kat sekolah tu... Masa tu malam dalam bas, time tu kitaorang dah nk balik sepang dah. Kira-kira dalam pukul 9.00 atau 10.00 camtu la... Cikgu Aziyan cerita la kisah hidup dia dekat kitaorang. Buat macam ala-ala "bed time story" la. Ni antara gambar kitaorang dekat sana... 

- dalam bas otw pergi Gua Tempurung -

- ok ni lokasi yang kedua. Lost World of Tambun -

- hehe. Ni Jiha dengan kwn Jiha -

- tempat yg sama -

- ni mula-mula sampai -

- ni pun sama -

sampai sini sahaja. menanya banyak lagi gambar tapi sampai esok pon x habis. bye.. assalammualaikum..

miss this moment...
Najihah...



nothing to say...

Hai... Assalammualaikum...
Dah lama Jiha x update blog kan.... Rasanya blog ni dah bersarang dah kot... hehe. Jiha bukan malas nk update blog.. Sebab Jiha sibuk dengan homework lagi pastu dengan koko lagi... yela.. sebab Jiha dah form 1. form 1 kan sibuk sikit. kalau form 3 lagi la sibuk. sebab diaorang kena study hard untuk PMR kan.... siapa yang PMR tahun ni, Jiha nak korang study betul-betul. jangan main-main. Ni bukan masa untuk main-main tau. Ni masa untuk fokus.... (mcm cikgu la pulak... =P) Btw selamat maju jaya k =D. Buat yang terbaik untuk parents korang k =).... Jangan hampakan diaorang k =). Lepas berjaya tu jangan lupa diri k....


love you guys...
Najihah...

Rabu, 16 Januari 2013

Geram XP

Assalammualaikum....
Jiha geram betul la. Kalau Jiha buka FB je mesti ada yang nak minta nombor fon Jiha. Lagi- lagi orang yang baru add Jiha. Belom kenal lagi, dah ada yang minta nombor fon orang. Sadis betul la orang tu..... Pas2 kalau Jiha kasi pula, time Jiha nak belajar mesti time tu juga dia call Jiha. Macam x de hari lain nak call. Dah la orang tengah sibuk. Dia pula sedap-sedap je nak call orang. Sabar je la... 

Selasa, 15 Januari 2013

Demam...=(

huhuhu..... Arinie Jiha x g sekolah. Sebab Jiha dapat surat MC daripada doktor. Kenapa Jiha dapat surat MC? Mesti la Jiha x sihat. Kalau Jiha sihat mesti la Jiha pergi sekolah arinie. Jiha x tau nak buat apa kat rumah ni. Doktor pula x kasi Jiha pergi tempat yg berabuk dan berdebu. Pastu doktor ckp lagi Jiha x leh bau asap kereta, motor, dan lori, Ala.... Macam pencermaran alam.... Hmm.... Sampai sini je la Jiha menulis. Kalau Jiha ada masa lagi Jiha update la apa-apa nanti. Bye... Assalammualaikum..... Jumpa lagi

Sabtu, 12 Januari 2013

Sedih.....

Assalammualaikum....
hmm..... ='( Jiha sedih tau, sebab Jiha dah lama tak balik kampung..... Selalunya setiap tahun Jiha balik kampung tu pun kalau ayah Jiha dapat cuti. Tapi, tahun nie Jiha x balik sebab family Jiha semua sibuk. Jiha nk balik kampung, Jiha nak main banjir. Jiha x pernah main banjir, tu pun sekali je Jiha merasa main banjir. Masa tu tahun 2012, umur Jiha masa tu 12 tahun. Tapi tahun nie, Jiha x dapat merasa main banjir lagi. Sedih tau.... Rindu kat nenek Jiha..... Bye-bye.... Jiha dah x tau nak cakap apa lagi dah. Bye, assalammualaikum =) Kalau ada jodoh kita jumpa lagi, insyaallah =D

Jumaat, 11 Januari 2013

My InTrOdUcTiOn =)

Hai! hehe. My name is Nurul Izatul Najihah. Just call me Jiha. I'm 13 years old. I'm from Sepang, Malaysia. I'm school at SMKBBST.(bdk smkbbst ouu)
Dah tu je la.... Nnt kalau sempat jiha sambung lagi....insyaallah. bye, assalammualaikum =)