Jumaat, 21 Februari 2014

Tak sangka....

(ni pasal ada seorang budak lelaki tu yang suka bagi harapan palsu dekat semua perempuan yang dia chat. budak form 3. namanya rahsia... hanya Jha dengan kawan-kawan Jha je tahu. tapi tak semua. hanya sesetengah je) Tak sangka gila Jha, dia tu jenis macam tu... Jha ingat dia tu baik, rupanya Jha salah... thanks to my friends, Ainna Nadhirah dengan Nurlynn Madina sebab bagitahu cerita yang sebenar. kalau tidak confirm Jha tak tahu sampai bila-bila. dah la sampai pukul 2 tak tidur sebab dia. first tu ada la jugak rasa sakit hati. tapi nak buat macam mana benda dah jadi... membazir air mata je menangis... arghhh!!! ruginya!!! nasib baik menangis tak teruk macam sesetengah orang tu :p. dari form1 sampai dah form3 dia still lagi buat benda tu. suka bagi harapan dekat orang. ish... ish...ish... memang patut pun kena kutuk kaw kaw dengan Ainna(sekali dengan kitaorang) kesian siapa yang kena jadi mangsa dia tu. bila orang tu dah suka dekat dia, pas2 dia tinggal je orang tu pas2 cakap dia tak kenal orang tu. sengalnya!! tahulah hati perempuan tu lembut. tapi tak payah la nak buat macam tu. mungkin dia batak kot sebab ramai perempuan suka dekat dia. bak kata Ainna apa handsome sangat dia tu sampai ramai perempuan tergila-gilakan dia... tapi betul jugak, apa handsome sangat dia tu sampai ramai perempuan suka dia(handsome la jugak :p) bak kata kawan Jha, 'Atok Bongkok'. sebab dia jalan membongkok. dah la sampai sini jelah. boleh pulak tengah malam mengupdate blog tengah malam ni. dah la nk dekat pukul 2. nota pun banyak tak siap lagi ni.. so, bye, assalammualaikum... sweet dream guys :D

Rabu, 19 Februari 2014

Friends Forever... Insyaallah...

Assalammualaikum :D Hey guys!! Kan, kan... Dah lama tak update blog... Bersarangnya... Bukan apa, takda idea menanya.. Yela sebab asyik busy dengan homework yang makin bertimbun atas meja. Pas2 kena perah otak untuk buat essay yang kena panjang mengurai tu... pastu dengan nak practise main piano lagi.. memang busy gila lah... nasib baik hari ni tak sekolah. dah 3 hari dah sebab demam. start dari hari sabtu tu lepas balik sekolah terus start demam. hari ahad tu belum okay lagi, hari isnin tu pening kepala pastu sakit perut, selasa dah okay but muntah balik, hari rabu (hari ni la tu) menggatal taknak pergi sekolah sebab hari ni ade subjek math yang memang memeningkan kepala... So, berbalik kepada tajuk yang asalnya, kawan-kawan lama Jha cakap Jha dah sombong sebab asyik berkawan dengan budak pandai sebab Jha dapat masuk kelas pandai. Tapi tu tak membataskan kita daripada terus berkawan dengan diaorang. Lagipun Jha bukan kesah sangan pun Jha berkawan dengan siapa yang penting dia ikhlas nak berkawan dengan kita. Tak kiralah sama ada dia pandai atau bodoh. Lagipun Jha jarang lepak dengan diaorang sebab Jha sibuk nak study. Yelah sebab tahun depan Jha dah PBSMR. Mestilah nak dapat result yang gempak punya. Dah la upsr dapat 2A je. Tapi kira okay lah jugak sebab sekurang-kurangnya masih ada "A" daripada takda langsung.. So, bila dah jadi pengawas tu, mestilah diaorang rasa macam Jha ni  macam bangga sebab dapat jadi pengawas, padahal pengawas PSS je. Ape la sangat. Pastu mulalah diaorang kata nak berkawan pilih yang budak-budak pandai, pastu nak berkawan dengan pengawas. manalah nak pandang murid biasa macam diaorang. Hey guys, please la.. semuanya sama jelah. Yang bezakannya antara kita nak berusaha atau tak (bak kata cikgu sivik Jha la). So, sampai sini jelah. banyak lagi menanya nak diluahkan, but nanti takut ada orang yang terasa pulak. padahal bukan nak main sindir-sindir pun.. So, bukan senang nak jumpa kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. yang sentiasa ada dengan kita time susah mahupun senang. nak berkawan dengan kita dengan ikhlas, bukan sebab harta, pangkat atau keturunan raja. Tak kisah sama ada orang itu bodoh atau pandai. Janji dia rajin berusaha. tapi kalau dah pandai tapi taknak tingkatkan lagi prestasi tu takda guna jugak. Takda guna pun kita nak berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada sekarang ni, sebab bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semua itu balik. So, take a note guys.. Bye... Assalammualaikum... Sorry kalau ada sesiapa yang terasa dengan entry kali ni... 



>> Budak sebelah Jha tu memang sporting habis <<



p/s : budak sebelah Jha tu dia ada blog. kalau nk follow, tekan http://anissyahirahbtkhairulparman.blogspot.com/