Rabu, 19 Februari 2014

Friends Forever... Insyaallah...

Assalammualaikum :D Hey guys!! Kan, kan... Dah lama tak update blog... Bersarangnya... Bukan apa, takda idea menanya.. Yela sebab asyik busy dengan homework yang makin bertimbun atas meja. Pas2 kena perah otak untuk buat essay yang kena panjang mengurai tu... pastu dengan nak practise main piano lagi.. memang busy gila lah... nasib baik hari ni tak sekolah. dah 3 hari dah sebab demam. start dari hari sabtu tu lepas balik sekolah terus start demam. hari ahad tu belum okay lagi, hari isnin tu pening kepala pastu sakit perut, selasa dah okay but muntah balik, hari rabu (hari ni la tu) menggatal taknak pergi sekolah sebab hari ni ade subjek math yang memang memeningkan kepala... So, berbalik kepada tajuk yang asalnya, kawan-kawan lama Jha cakap Jha dah sombong sebab asyik berkawan dengan budak pandai sebab Jha dapat masuk kelas pandai. Tapi tu tak membataskan kita daripada terus berkawan dengan diaorang. Lagipun Jha bukan kesah sangan pun Jha berkawan dengan siapa yang penting dia ikhlas nak berkawan dengan kita. Tak kiralah sama ada dia pandai atau bodoh. Lagipun Jha jarang lepak dengan diaorang sebab Jha sibuk nak study. Yelah sebab tahun depan Jha dah PBSMR. Mestilah nak dapat result yang gempak punya. Dah la upsr dapat 2A je. Tapi kira okay lah jugak sebab sekurang-kurangnya masih ada "A" daripada takda langsung.. So, bila dah jadi pengawas tu, mestilah diaorang rasa macam Jha ni  macam bangga sebab dapat jadi pengawas, padahal pengawas PSS je. Ape la sangat. Pastu mulalah diaorang kata nak berkawan pilih yang budak-budak pandai, pastu nak berkawan dengan pengawas. manalah nak pandang murid biasa macam diaorang. Hey guys, please la.. semuanya sama jelah. Yang bezakannya antara kita nak berusaha atau tak (bak kata cikgu sivik Jha la). So, sampai sini jelah. banyak lagi menanya nak diluahkan, but nanti takut ada orang yang terasa pulak. padahal bukan nak main sindir-sindir pun.. So, bukan senang nak jumpa kawan yang betul-betul sekepala dengan kita. yang sentiasa ada dengan kita time susah mahupun senang. nak berkawan dengan kita dengan ikhlas, bukan sebab harta, pangkat atau keturunan raja. Tak kisah sama ada orang itu bodoh atau pandai. Janji dia rajin berusaha. tapi kalau dah pandai tapi taknak tingkatkan lagi prestasi tu takda guna jugak. Takda guna pun kita nak berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan apa yang kita ada sekarang ni, sebab bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semua itu balik. So, take a note guys.. Bye... Assalammualaikum... Sorry kalau ada sesiapa yang terasa dengan entry kali ni... 



>> Budak sebelah Jha tu memang sporting habis <<



p/s : budak sebelah Jha tu dia ada blog. kalau nk follow, tekan http://anissyahirahbtkhairulparman.blogspot.com/  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan